Fearless Records

Fearless Records merupakan syarikat rakaman indie Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada tahun 1992. Fearless Records berpusat di Bandar Culver, California, dan paling dikenali dengan gerakan pop punk awal mereka dalam penerbitan Fearless Flush Sampler dan Punk Bites serta penerbitan tambahan oleh kugiran seperti Bigwig, Dynamite Boy dan selepas itu, Sugarcult, Plain White T's, The Aquabats, Amely dan juga hasil penerbitan post-hardcore oleh At the Drive-In dan Anatomy of a Ghost. Walaubagaimanapun, syarikat rakaman ini cuba gaya berbeza kebelakangan ini. Kumpulan seperti Blessthefall, The Word Alive, Ice Nine Kills, Mayday Parade, Pierce The Veil dan The Color Morale yang berupa kugiran post-hardcore, metalcore atau rock alternatif muncul sejak beberapa tahun lepas. Sejak tahun 2000, Fearless Records menerbitkan Punk Goes..., iaitu siri album kompilasi, hampir setiap tahun.